saya.

Tentang pengarang yang masih enggan mengaku malas.

Saya menulis di sini kerana terlalu rindu dengan dunia kepengarangan namun terlalu pantas menyalahkan masa kerana enggan mengaku malas. 

Pernah mengarang bersama Fixi dan Roman Buku. Bergulat di Astro AWANI sebagai penerbit media sosial dan kini membina Enervive bersama teman-teman.

Andai di rumah, saya Papa yang sering mengejar Umar sambil mencari patung T-Rex yang hilang.

Juga suami yang terlalu bergantung kepada isteri yang mengetahui tempat letak segala-galanya; kaca mata yang hilang saat bangun pagi, atau rasa cinta yang datang saat lamun sendiri.

hello.

Plato Space

22 Jalan USJ Heights 1/1B

40150 Subang Jaya

khairulnizambakeri@gmail.com

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© 2020 nizambakeri.com