cerita.

Selamat Jalan, Teman

Ketika saya berpelukan dengan Daud di Annexe Central Market sewaktu novel sulung saya dilancarkan, air mata saya bergenang. Saya beritahu padanya, “This is too early.“

Hanya dia seorang, dan saya tahu hanya dia seorang, yang akan balas ayat itu dengan jawapan:

“No, this is too late.“

Malam ini dia akan terbang jauh. Ya, macam lagu Kaka dan Zizan.

Kali ini kita pergi lebih lama, pergi lebih jauh.

Dia memang sudah mangli kembara di bumi asing. Cuma kali ini lebih lama. Cari ilmu di sana. Doa saya, semoga semuanya baik-baik belaka.

Kalau ada hujan wang dari langit, boleh saya tumpang bercuti bersama.

Jaga diri, Daud.

© 2020 nizambakeri.com