cerita.

Nota Ramadan #7

Saya rasa saya masih ingat wajah pakcik itu. Matanya layu, berbaju kemeja. Warna sudah lupa. Sedikit gempal. Atau kurus. Entah, itu pun saya kurang ingat. Yang pasti, saya mahu namakan dia Pakcik Baik Hati.

Saya tidak akan lupa saat berbuka puasa bersama Pakcik Baik Hati. Waktu itu saya bersama dengan tiga (atau empat) rakan yang lain. Dalam gigil kecil akibat hembusan pendingin hawa, masing-masing melepas lelah sampil menanti azan berkumandang.

Manis. 

Manis juadah yang kami nikmati. Manis lagi memori dan budi yang dikongsi.

Kadang-kadang rasa lucu pun ada. Maklum sajalah, empat (atau lima) orang yang berbeza – masing-masing meladeni juadah yang sama sambil bertukar senyum dan pandang. Syukur terukir di bibir.

Saya sudah lupa nama kuih itu.

Saya sudah lupa nombor bas yang sama-sama kami naiki.

Yang saya ingat, jabir jernih di tangan Pakcik Baik Hati ada tiga biji kuih. Kami bertiga (atau berempat) berkongsi sebiji. Pakcik Baik Hati tawarkan satu lagi. Kami tak sampai hati.

Yang saya ingat, kami mereguk air hanya selepas sampai ke destinasi. 

Yang saya ingat, Pakcik Baik Hati sempat menjeling ke arah kami seraya mengangguk kecil sebelum menuruni tangga bas dan berlalu.

Siaran Terkini

Lihat Semua

Terima kasih Zaleha

Dua hari lalu, isteri saya dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh selepas mengalami komplikasi kecil berkaitan kandungan. Dia mendaftar masuk di wad sementara berhampiran dewan bersalin lewat malam Isnin

Gadis nasi lemak dan lagu

Sambil menunggu pemeriksaan rutin kandungan isteri di klinik selesai, saya keluar mendapatkan sarapan. Saya ke sebuah gerai sarapan yang pernah disinggahi sebelum ini. Kali ini gerai tidak terlalu ses

© 2020 nizambakeri.com