cerita.

Nota Ramadan #51

Saya bukan sufi. Jarang sekali suci hati. Jadi apabila tiba hujung Ramadan, saya tidak boleh menipu diri dengan mengatakan saya hiba.

Tidak.

Tapi saya rasa kosong. Ya, macam judul lagu gadis itu.

Sebab apa kosong? Entah. Keghairahan menyambut Syawal sudah lama hilang. Selepas solat sunat dan ziarah pusara, saya jadi terpinga-pinga.

Barangkali penyakit anti sosial saya merebak hingga tidak gemar berkunjung ke rumah sanak saudara. Ini perangai jelik.

Apatah lagi, tahun ini pertama kali saya bakal sambut Syawal tanpa Tok Ayah.

Ah, kita habiskan puasa dulu dan tiru apa orang lain buat – menggila di pasar raya membeli apa yang tidak perlu asalkan tampak gembira.

Siaran Terkini

Lihat Semua

Terima kasih Zaleha

Dua hari lalu, isteri saya dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh selepas mengalami komplikasi kecil berkaitan kandungan. Dia mendaftar masuk di wad sementara berhampiran dewan bersalin lewat malam Isnin

Gadis nasi lemak dan lagu

Sambil menunggu pemeriksaan rutin kandungan isteri di klinik selesai, saya keluar mendapatkan sarapan. Saya ke sebuah gerai sarapan yang pernah disinggahi sebelum ini. Kali ini gerai tidak terlalu ses

© 2020 nizambakeri.com