cerita.

Nota Ramadan #5

Kemaskini: 17 Nov 2019

Sungguh mulia mencari juadah berbuka puasa di bazar Ramadan. Apatah lagi jika dibeli untuk seisi keluarga, malah mungkin dikongsi bersama jiran tetangga. 


Namun dalam arus manusia selisih selirat, lepaskanlah sekali-sekala tangan pacar yang digenggam erat. 


Bimbang nanti dalam mengejar pahala sunat berbuka puasa awal dengan juadah manis – sepanjang itu jualah tak putus menuai dosa.


Jangan ambil hati. Sekali-sekala menyambung sabda dalam senda, apa salahnya?

© 2020 nizambakeri.com