cerita.

Nota Ramadan #39

Pembaca setia Salah Taip sedia maklum, saya memang malas kemas kini blog ini. Jadi, kalau kalian tertanya-tanya mengapa ada sampai lima entri semalam – saya tidak ada jawapan.

Barangkali kerana enaknya cucur udang yang saya nikmati sewaktu buka puasa.

Boleh jadi udara semalam kurang hingar.

Atau saja Ramadan menghadirkan tenang yang manis, untuk patah kata dikarang tulis.

Ini mungkin khayalan saya semata-mata, tetapi langkah masa, andai kakinya pada detik saat – pantas benar berlari pada penghulu segala bulan ini.

Siaran Terkini

Lihat Semua

Terima kasih Zaleha

Dua hari lalu, isteri saya dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh selepas mengalami komplikasi kecil berkaitan kandungan. Dia mendaftar masuk di wad sementara berhampiran dewan bersalin lewat malam Isnin

Gadis nasi lemak dan lagu

Sambil menunggu pemeriksaan rutin kandungan isteri di klinik selesai, saya keluar mendapatkan sarapan. Saya ke sebuah gerai sarapan yang pernah disinggahi sebelum ini. Kali ini gerai tidak terlalu ses

© 2020 nizambakeri.com