cerita.

Nota Ramadan #34

Ini entri Nota Ramadan pertama untuk 1432 Hijri. Semoga kali ini Ramadan mengajar kita semua tentang kerendahan hati.

Saya tidak setuju, malah kurang selesa apabila ramai yang cuba melabel Ramadan sebagai bulan ‘berlagak alim’, yakni Muslim tiba-tiba insaf dan rajin beribadah.

Pada hemat saya, biarlah kita mula merapatkan diri dengan Sang Pencipta walau apa cara sekali pun. Lewat atau cepat, bermusim atau tekun – tidak perlulah pantas kita menuding jari.

Malam terlalu lewat, sehingga merangkak ke awal pagi. 

Menu sahur saya masih kosong. Tengoklah, saat terjaga kelak.

Buat semua pembaca Salah Taip, selamat berpuasa!

© 2020 nizambakeri.com