cerita.

Nota Ramadan #30

Sambil ronda-ronda Kota Bharu, Mama telefon. Pesan beli udang. Usai berbuka, saya ke pasar raya besar. Yalah, mahu beli di mana lagi kala malam menjelma? Tok Bali jauh.

RM 9.79 sekilo. Saya ambil dua plastik. Satu sarung tangan. Satu isi udang.

Turut bersama dalam persaingan memilih udang, sebuah keluarga yang cukup comel. 

Seorang bapa dan tiga anak gadis. Oh, empat. Seorang lagi bermain dengan anak patung, tercegat dalam troli beli-belah.

“Pa, Mami suruh beli udang apa tadi?” Barangkali si sulung. Berkaca mata, rambut bertocang paras bahu. Sekali-sekala kerling adik yang bergebang dengan anak patung.

“Yang inilah.” Pa ambil plastik.

Seorang lagi gelak kecil. Tudung putih, baju T Kim Possible. “Pa, kenapa Pa pilih seekor-seekor? Kalau Mami,” tangan digenggam kecil, “ambil secekak ni masuk dalam plastik.”

“Yang ni, Pa. Yang ni.” Anak gadis nombor tiga agaknya, berdiri di samping Pa sambil tuding jari pada udang yang difikir kelak enak dimakan. Tudung ala Ariani.

Si ayah pandang saya. Senyum, seolah memberitahu, isteri di rumah. Buat kuih.

“Pa,” gadis sulung menyudahkan taipan mesej ringkas, “macam mana nak tahu udang tu segar?”

“Pilih yang besar.”

Saya ambil satu lagi plastik. Bungkus dua lapis.

Siaran Terkini

Lihat Semua

Terima kasih Zaleha

Dua hari lalu, isteri saya dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh selepas mengalami komplikasi kecil berkaitan kandungan. Dia mendaftar masuk di wad sementara berhampiran dewan bersalin lewat malam Isnin

Gadis nasi lemak dan lagu

Sambil menunggu pemeriksaan rutin kandungan isteri di klinik selesai, saya keluar mendapatkan sarapan. Saya ke sebuah gerai sarapan yang pernah disinggahi sebelum ini. Kali ini gerai tidak terlalu ses

© 2020 nizambakeri.com