cerita.

Nota Ramadan #2

Kemaskini: 17 Nov 2019

Kalau ada rakan anda yang terlena dalam bilik atau ruang berhampiran tempat solat sedang azan berkumandang atau imam sudah memulakan solat – janganlah ditendang (atau diketuk kuat) pintu bilik tersebut, atau dimatikan suis kipas tanpa sepatah sapa sedang rakan anda masih terpisat-pisat, bertarung dengan kantuk.


Tidak manis. Seolah rakan anda tidak layak disapa sebagai manusia. Seolah jijik benar lakunya terlena.


Apa kata dekatinya perlahan-lahan, sentuh bahu, dan ajak ke tempat solat. 


Oh, kepada Abang Serban Putih yang menendang (atau mengetuk kuat) pintu dan menutup kipas tadi, maafkan saya andai sunyi lelap saya ini mengganggu jemaah. Maaf. 


Ya akhi, saya sudah bersolat Asar tadi. Cuma mungkin bukan jemaah pertama. Terima kasih kerana mengejutkan saya.

© 2020 nizambakeri.com