cerita.

Nota Ramadan #12

Enam empat puluh lima petang.

Bunyi hon kereta bertubi-tubi kedengaran dari luar rumah. Saya jenguk keluar. Tok Ayah keluar dari perut Nissan lama.

Aneh. Tubuhnya lencun.

Sambil termengah-mengah, Tok Ayah mengadu. Pohon medang di hadapan rumahnya tumbang. Menimpa dahan rambutan dan manggis. Laluan keretanya tertutup.

Saya dan abah bergegas ke rumah Tok Ayah. Segalanya bercempera. Wayar bekalan elektrik putus lantas melilit dahan rambutan yang bertindan dengan dahan manggis.

Daun berserak. Buah rambutan menjajah tanah basah, bertaburan merah. Di celah-celahnya, hitam manis manggis. 

Ayah Su tiba dengan gergaji rantai kecil. Dahan medang yang tak mampu dipikul – dikerat, kemudian diusung sama-sama.  Terjirik juga buah rambutan yang bergelimpangan.

Terlalu banyak. Tak mampu dielak.

Tujuh sembilan minit malam.

Aroma nasi ayam menusuk nafsu. Sambil menggenyeh tangan yang masih cemar, saya teringat rumah Tok Ayah yang putus bekalan elektrik.

Berkali-kali diajak berbuka bersama-sama di rumah, tapi dia enggan. Katanya gelap sebentar saja. Nanti datanglah orang elektrik membaiki.

Siaran Terkini

Lihat Semua

Terima kasih Zaleha

Dua hari lalu, isteri saya dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh selepas mengalami komplikasi kecil berkaitan kandungan. Dia mendaftar masuk di wad sementara berhampiran dewan bersalin lewat malam Isnin

Gadis nasi lemak dan lagu

Sambil menunggu pemeriksaan rutin kandungan isteri di klinik selesai, saya keluar mendapatkan sarapan. Saya ke sebuah gerai sarapan yang pernah disinggahi sebelum ini. Kali ini gerai tidak terlalu ses

© 2020 nizambakeri.com