cerita.

Kispen 99: Nombor

Kemaskini: 29 Dis 2019

“Adik!”


Pak Teh berlari deras. Seorang anak kecil terbaring kaku di atas jalan raya. Sebuah Mercedes C320K paling hampir dengannya, berhenti mengejut.


“Adik, bangun adik. Bangun.” Pak Teh cuba sentuh jasad anaknya namun tangannya menggeletar. Darah di mana-mana.


“Masya Allah. Saya minta maaf, pakcik. Saya tak nampak dia keluar simpang tadi,” jejaka muda berkemeja putih keluar dari kereta mewah. Di dahinya bertenggek kaca mata hitam.


“Kau bawa kereta macam pelesit. Kau bunuh anak aku!” Pak Teh jerkah dalam hiba. Anaknya diriba.


“Kita pergi hospital, pakcik. Saya uruskan semua. Pakcik minta berapa pun, saya bayar.”


Sang pemandu terlihat kesal.


“Aku tak mau duit,” ujar Pak Teh.


“Habis tu?”


Pak Teh tuding jari pada nombor plat kereta pemuda itu. DBM 2.


“Aku nak benda tu,”


Anaknya terbatuk-batuk seraya buka mata.


“Kenapa ayah?”

Siaran Terkini

Lihat Semua

Kispen 150: Riba

“Ahhh!” Sebilah pisau bedah terbang dari genggaman Dr Syarif ke dinding, melantun, lalu gugur ke lantai seraya menghantar denting ke setiap sudut kamar bedah nan sunyi. Kesemua jururawat membisu. Kaku

© 2020 nizambakeri.com