cerita.

Kispen 98: Jari

Kemaskini: 29 Dis 2019

Azril dan Lina berpimpin tangan masuk ke pawagam. Dalam kelam, Azril cari nombor kerusi.


Mujur mereka datang awal. Tak perlu menahan malu membelah laluan penonton dengan punggung dan ucap maaf.


Filem komedi romantik di layar. Lina yang pilih. Azril ikut saja.


Masing-masing bergilir seluk tangan ke dalam kotak bertih jagung bersalut karamel. Sekali-sekala siku bergesel.


Adegan runtun jiwa, Linda rebahkan kepala di bahu Azril.


Masing-masing bergilir seluk tangan ke dalam kotak bertih jagung bersalut karamel. Kali ini serentak. Jemari berlaga dalam lekit.


Bertih jagung sudah habis.


Azril tarik keluar tangan Lina dari kotak bertih jagung seraya dibawa hampir ke bibir. Jemari Lina dikucup.


“Manis.”

© 2020 nizambakeri.com