cerita.

Kispen 90: Payung

Kemaskini: 29 Dis 2019

“Eh? Abang tak basah? Kan hujan tadi.” Salina sambut plastik berisi lada hijau dari suaminya.


“Ada payung ni.” Umar melangkah masuk ke rumah. Kopiah ditanggalkan. Baju gombangnya kering, kecuali dua tiga titis tikaman hujan di bahu.


Salina kerut dahi. Payung yang disandar di anjung rumah ditenung lama-lama.


“Abang tak bawa payung ke masjid tadi.” Ujar Salina.


Umar terkedu. Entah siapa yang kini mundar-mandir di masjid mencari payung hilang.


Atau sudah pulang kebasahan.


Umar sambung istighfar yang dimula dalam sila sesudah salam tadi.

Siaran Terkini

Lihat Semua

Kispen 150: Riba

“Ahhh!” Sebilah pisau bedah terbang dari genggaman Dr Syarif ke dinding, melantun, lalu gugur ke lantai seraya menghantar denting ke setiap sudut kamar bedah nan sunyi. Kesemua jururawat membisu. Kaku

© 2020 nizambakeri.com