cerita.

Kispen 89: Tunggu

Kemaskini: 29 Dis 2019

“Kau nak apa lagi?” Soal Reena.


Cermin muka di kamar mandi direnung lama.


Geleng kepala.


“Aku nak keluar ni. Kau jangan kacau orang lain.”


Angguk.


Reena sempat oles krim pelembap ke wajah. Cermin muka diulang renung. Kali ini lebih lama. Bukan main lama kau tunggu aku, bisik hati Reena. Bibir nipisnya papar senyum.


“Jangan kacau orang lain. Faham?” Kali ini Reena tuding jari pada cermin.


Angguk.


Selesai wajah disegarkan, Reena keluar dari kamar mandi. Dia pegang kukuh pesan arwah Papa, jangan gerun dengan penunggu. Kadangkala dia cuma mahu berteman. Ulang baca ayat suci Yang Maha Esa.


Kamar mandi dikunci. Reena menuruni tangga sambil kunci kereta di genggaman. Sebelum keluar, dia sempat menyapa teman serumah yang ralit menonton TV.


Dia masih tercegat di kamar mandi.

Siaran Terkini

Lihat Semua

Kispen 150: Riba

“Ahhh!” Sebilah pisau bedah terbang dari genggaman Dr Syarif ke dinding, melantun, lalu gugur ke lantai seraya menghantar denting ke setiap sudut kamar bedah nan sunyi. Kesemua jururawat membisu. Kaku

© 2020 nizambakeri.com