cerita.

Kispen 87: Tumpang

Kemaskini: 29 Dis 2019

“Din, kata nak tumpang?” Azman capai kunci kereta. Sekali-sekala matanya mengerling skrin iPhone 4S yang baru dibelinya minggu lalu. Sanggup beratur enam jam, demi buah tangan terakhir mendiang Jobs.


“Kejap. Aku nak copy satu file lagi.” Jari Bidin menari di papan kekunci.


15 minit berlalu. Azman beredar. Teman sekerjanya dinanti di ruang parkir.


Sorry. Aku nak settle semua malam ni.”


No problem.” Azman hidupkan enjin kereta. Dia mengerling ke arah Bidin. Sesudah tali keledar dipasang, barulah kereta diundur.


Kring! Kring!


Telefon Azman berdering. Segera Bluetooth headset disumbat ke telinga.


“Hello.”


“Man! Kau dah gerak belum? Aku kat ofis lagi ni. Tunggu lima minit lagi boleh?”


Azman tak ingin menoleh. Dari hujung mata, terlihat penumpangnya tersenyum.

Siaran Terkini

Lihat Semua

Kispen 150: Riba

“Ahhh!” Sebilah pisau bedah terbang dari genggaman Dr Syarif ke dinding, melantun, lalu gugur ke lantai seraya menghantar denting ke setiap sudut kamar bedah nan sunyi. Kesemua jururawat membisu. Kaku

© 2020 nizambakeri.com