cerita.

Kispen 85: Kereta

Kemaskini: 29 Dis 2019

“Ibu, ni tahun lepas punya kan?” Farehah cebik bibir sambil belek langsir di ruang tamu.


Takbir raya sayup bersipongang dari surau lama singgah ke telinganya.


“Ya. Kenapa?” Haidar pura-pura tak peduli. Tangannya masih sibuk memindahkan biskut dari kotak ke balang kaca warna-warni.


“Kenapa tak tukar?”


“Entah. Tanya ayah kau.” Haidar tutup balang pertama yang penuh. Biskut emping jagung bersalut madu. Matanya sekali-sekala menjeling suami, Jalal, yang tenang menghirup teh sambil mengisi sampul duit raya. Rasa geram mendongkol.


Keesokan pagi, sesudah solat Subuh, Jalal sekeluarga bersalaman. Ucap maaf saling berganti.


“Eh? Mana ketupat, kuih semua? Kan awak dah siapkan semalam?” Jalal ternganga setibanya di dapur. Meja makan kosong.


“Oh, ya. Saya dah hidang semua dalam kereta baru awak. Pergi la, beraya kat dalam tu. Rugi beraya dalam rumah, kalau duit habis beli kereta!” Jawab Haidar penuh puas.


Takbir raya yang sayup bersipongang hampir ditelan nyaring suara Haidar.

Siaran Terkini

Lihat Semua

Kispen 150: Riba

“Ahhh!” Sebilah pisau bedah terbang dari genggaman Dr Syarif ke dinding, melantun, lalu gugur ke lantai seraya menghantar denting ke setiap sudut kamar bedah nan sunyi. Kesemua jururawat membisu. Kaku

© 2020 nizambakeri.com