cerita.

Kispen 84: Mainan

Kemaskini: 29 Dis 2019

Bunyamin dan anaknya, Yusri, berpimpin tangan ke kaunter. Pelayan dengan tanda nama ‘Melissa’ tersenyum manis.


Soalan pertama, mahu makan di sini atau bawa pulang. Bunyamin mengesan alun sinis dalam suara Melissa.


Mentang-mentang bulan puasa.


Take away, please.” jawab Bunyamin. Dia mengerling jam tangan – 1:45 petang.


Melissa senyum lagi. Kali ini dia bertukar pandang dengan rakan di kaunter sebelah. Kening diangkat, menghantar tawa dalam hati.


“Yus nak Happy Meal yang mana?” soal Bunyamin sambil pegang bahu anaknya.


“Mana-mana pun boleh. Papa yang nak makan, kan? Yus nak toy tu je.”


Bunyamin kelu. Suara nyaring Yusri mengundang pandang seisi restoran.

Siaran Terkini

Lihat Semua

Kispen 150: Riba

“Ahhh!” Sebilah pisau bedah terbang dari genggaman Dr Syarif ke dinding, melantun, lalu gugur ke lantai seraya menghantar denting ke setiap sudut kamar bedah nan sunyi. Kesemua jururawat membisu. Kaku

© 2020 nizambakeri.com