cerita.

Kispen 83: Mertua

Kemaskini: 29 Dis 2019

“Ahhh!” Ikmal terjaga. Tubuhnya lencun, peluh di segenap liang roma.


Pintu biliknya terbuka. Salina meluru masuk.


“Sayang dah sedar? Rehat okey.” Salina duduk di pinggir katil.


Ikmal baring semula perlahan-lahan. Nafasnya naik turun, melaju. Tangan suaminya dipegang, dielus perlahan.


“I had a bad dream. Saya mimpi mak awak datang, then kita gaduh dengan dia. Pasal tanah tu. Lepas tu, saya…saya…saya tikam dia.”


Salina tersenyum.


“Awak bukan mimpi. Lepas awak tikam dia tadi, awak pengsan. Darah banyak sangat.”


Salina ketawa kecil.


Ikmal kaget. Semakin lebar Salina tersenyum, semakin meremang bulu tengkuknya.

© 2020 nizambakeri.com