cerita.

Kispen 80: Upah

Kemaskini: 29 Dis 2019

Kamalia merenung wajah Thaqif, anak sulungnya yang tekun menonton Discovery Channel.


Kepalanya tersandar pada perut bocah Lokman yang sudah lena.


Bahu Thaqif dicuit.


“Kenapa, Ma?”


“Along kena puasa esok. Boleh?” Kamalia tersenyum. Thaqif beralih dari hadapan televisyen, menghadap ibunya.


Tiada jawapan dari Thaqif.


“Papa pun puasa, tau?” Telunjuk Kamalia tepat membidik Lokman yang sudah mula bergema dengkurnya.


Thaqif masih membisu.


“Okey. Macam ni, Thaqif puasa sehari, Mama bagi hadiah RM2.”


Thaqif geleng.


“RM5?”


Geleng.


“RM10?”


Geleng.


“Thaqif nak apa, sayang? Cuba bagitau Mama.” Kamalia usap kepala anak sulungnya.


“Nak pahala.” Thaqif sengih paling lebar. Kedua-dua telapak tangan ditadah pada Kamalia.


Lokman terjaga.

Siaran Terkini

Lihat Semua

Kispen 150: Riba

“Ahhh!” Sebilah pisau bedah terbang dari genggaman Dr Syarif ke dinding, melantun, lalu gugur ke lantai seraya menghantar denting ke setiap sudut kamar bedah nan sunyi. Kesemua jururawat membisu. Kaku

© 2020 nizambakeri.com