cerita.

Kispen 78: Copet

Kemaskini: 29 Dis 2019

Kamsan meraba kaki lima dengan hujung tongkat. Dia sudah tiba di pinggir jalan. Telinganya menjala segala bunyi. Tiap derum berbeza.


Mercedes S320, Honda C70, Perodua Alza – semuanya ada.


“Biar saya tolong pakcik, ya.”


Kamsan mengesan sentuhan di tangannya. Ada yang mahu membantunya melintas jalan.


“Terima kasih, nak. Nama siapa?”


“Talib.”


Lampu isyarat berbunyi, tanda pejalan kaki boleh melintas. Telinganya menjala segala bunyi.


Tiap derap berbeza.


Manolo Blahnik, selipar getah, Vincci – semuanya ada.


“Dah sampai, pakcik.”


Kamsan pantas mengangkat tongkat. Wajah Talib dilibas sekuat hati. Dia rebah. Kamsan sebat tangan Talib kiri kanan.


“Kenapa ni pakcik? Gila ya?” Talib mengerang tahan pedih.


“Aku ni buta, bukan bodoh.” Kamsan tusuk hujung tongkatnya ke halkum Talib. “Bagi balik dompet aku, sebelum aku panggil orang kat sini belasah kau.”

Siaran Terkini

Lihat Semua

Kispen 150: Riba

“Ahhh!” Sebilah pisau bedah terbang dari genggaman Dr Syarif ke dinding, melantun, lalu gugur ke lantai seraya menghantar denting ke setiap sudut kamar bedah nan sunyi. Kesemua jururawat membisu. Kaku

© 2020 nizambakeri.com