cerita.

Kispen 75: Adegan

Kemaskini: 29 Dis 2019

Ruang tamu mulai penuh. Di tengah-tengahnya jenazah terbujur dalam kafan. Pengunjung mengelilingi jenazah, masing-masing tekun mengalunkan bacaan Yasin.


Atau mana-mana ayat suci yang masih terlekat di cepu kepala.


Bacaan Yasin semakin nyaring. Isteri si mati menangis sedu-sedan sendiri, sambil ditenangkan teman dan jiran.


Cut!” Brando angkat tangan. “Bagus. Bagus. Kita wrap dulu hari ni.”


Anis lap air mata. Bukannya sukar menangis di depan kamera. Dia sudah mangli, bahkan digelar Ratu Air Mata Baru dalam gelanggang filem.


Pelakon tambahan bersurai. Anis mendekati tunangannya, Azril yang masih terbujur kaku.

“Baby, dah habis la.” bahu Azril digoncang. Dia masih terbaring.


“Baby, jangan main-main. Tadi kata nak dinner sama-sama, kan?” Degup jantung Anis seraya deras. “Baby, bangun! Bangun!”


Anis menangis semahu-mahunya. Brando berlari masuk semula ke rumah. Jarinya pantas mengesan nadi di pergelangan tangan dan leher Azril. Telinganya mendarat ke dada Azril.

Azril masih kejur. Brando geleng kepala.


Malam itu, ruang tamu penuh semula. Jenazah sama di tengah-tengah para pengunjung.

Bezanya, alunan Yasin bergema tanpa kamera.

Siaran Terkini

Lihat Semua

Kispen 150: Riba

“Ahhh!” Sebilah pisau bedah terbang dari genggaman Dr Syarif ke dinding, melantun, lalu gugur ke lantai seraya menghantar denting ke setiap sudut kamar bedah nan sunyi. Kesemua jururawat membisu. Kaku

© 2020 nizambakeri.com