cerita.

Kispen 69: Madu

Kemaskini: 29 Dis 2019

“Mana Kak Munah?” soal Jamila.


“Eh, awak ni. Masa ni la awak nak bersembang.” Johan separuh berbisik. Peluh di dahi dikesat pengapit lelaki.


Tetamu makin ramai berjejal ke ruang makan. Pentas nyanyian diisi jejaka berkemeja merah, mendendangkan lagu Maher Zain sambil diiring dentum irama karaoke.


“Awak tak pernah bawa saya jumpa dia. Yang saya tau, dia izinkan awak kahwin dengan saya.” Jamila abaikan tetamu yang memerhati. 


“Pengantin jangan bersembang.” Pengapit perempuan mencelah. “Dah selesai nanti, Mila jumpa akak ya. Kita berkenalan, boleh berbual lama-lama.”


Jamila terkedu.

Siaran Terkini

Lihat Semua

Kispen 150: Riba

“Ahhh!” Sebilah pisau bedah terbang dari genggaman Dr Syarif ke dinding, melantun, lalu gugur ke lantai seraya menghantar denting ke setiap sudut kamar bedah nan sunyi. Kesemua jururawat membisu. Kaku

© 2020 nizambakeri.com