cerita.

Kispen 68: Songlap

Kemaskini: 29 Dis 2019

“Ada apa tuan panggil saya?” Dali terpinga-pinga. Bukan selalu dia diarah masuk ke kamar Timbalan Pengurus.


“Duduk dulu.” Azmil senyum kambing.


Dali bersandar, namun hati melimpah debar.


“Tahniah. Awak naik pangkat.” Sekeping sampul surat putih bertukar tangan. 


Dali baca tiap patah kata. Noktah terakhir ditenung keliru. “Saya ganti tempat tuan? Jadi tuan naik pangkat juga?”


“Tak.”


Azmil berjalan keluar. Wajahnya merah padam.


Sejenak menaakul, Dali buang pandang ke jendela. Di ruang parkir, kelihatan BMW 3 Series yang baru dibeli Azmil dua minggu lalu.


Barulah isi surat difahami. Baru Dali mengerti.

Siaran Terkini

Lihat Semua

Kispen 150: Riba

“Ahhh!” Sebilah pisau bedah terbang dari genggaman Dr Syarif ke dinding, melantun, lalu gugur ke lantai seraya menghantar denting ke setiap sudut kamar bedah nan sunyi. Kesemua jururawat membisu. Kaku

© 2020 nizambakeri.com