cerita.

Kispen 65: Blog

Kemaskini: 29 Dis 2019

“Cepat. Abang sewa bilik ni sejam je.” Borhan rungkai tali pinggang cepat-cepat. Seluarnya luruh, bergumpal di lantai. Boxer dengan kolaj Spongebob Squarepants rencam warna terdedah.


“Gelojoh.” Nadya cium pipi Borhan. Leggings yang membalut kaki terlucut.


Pendingin hawa menderu. Dari celah siling, terdengar decit tikus berkejaran. Sejuk jadi hangat. Peluk tambah erat.


“Nanti, nanti dulu.” Nadya tolak tubuh Borhan ke sisi. 


“Apa ni?” Borhan kendur.


Nadya capai beg galasnya. Komputer riba dibuka. Jemari pantas menari di papan kekunci.


“Awak nak buat apa, ni?” tanya Borhan.


“Tulis blog. Pasal kita kat sini.” Nadya ketawa kecil.


Tamat perenggan kedua, pintu kamar diketuk. Borhan lompat keluar dari jendela.

© 2020 nizambakeri.com