cerita.

Kispen 63: Sewa

Kemaskini: 29 Dis 2019

“Berani kau sewa rumah ni, kan?” ujar Linda. Jus oren dalam gelas tinggi direguk perlahan.


“Kenapa?” soal Ezzah.


“Kan orang semua cerita, rumah ni berhantu. Ada orang mati kena bunuh.”


“Ah, karut semua tu. Mana ada hantu.” Ezzah ketawa kecil. Dia ke dapur, ambil makaroni bakar dalam ketuhar yang dipanaskan. Tetamu parti housewarming makin ramai tiba.


Selesai parti, Ezzah ucap terima kasih dan iring tetamu ke pintu hadapan.


“Betul kau tak nak aku temankan?” Linda pegang tangan Ezzah. 


“Betul. Jumpa kat ofis esok. Kalau aku tak kena kidnap dengan hantu la.” Ezzah kenyit mata kanan.


Keesokan pagi, Ezzah terlopong di pantri pejabat.


Di skrin televisyen, kelihatan mayat diusung keluar dari kondominium. Nama Linda disebut pembaca berita.

© 2020 nizambakeri.com