cerita.

Kispen 62: Tinggal

Kemaskini: 29 Dis 2019

“Bagi saya sambal udang, pakcik.” ujar Linda. Dia genyeh mata. Isnin yang malas.


Pak Othman tekun isi bungkusan nasi lemak. Matanya sayu, seolah tunduk pada takdir.


“Pakcik, kenapa sedih sangat ni? Makcik mana?” Linda berbasa-basi. Dia pelanggan tetap di gerai ini. Sebelum ke pejabat, gerai Pak Othman inilah persinggahan pertama. Nasi lemak paling enak, paling wangi.


“Tu.” 


Muncung bibir Pak Othman dihala ke Mercedes S320 yang baru singgah di gerai.

Linda tenung ruang penumpang. Memang benar, Makcik Kinah. Tapi lain benar rupanya.


Biasanya berbaju kurung Kedah dengan selendang. Kali ini berambut lurus paras bahu dengan rona coklat keemasan. Bibir montok dengan gincu merah garang. Blaus tanpa lengan rona putih balut tubuh.


Seorang pemuda sasa keluar dari ruang pemandu. Lengkap berkemeja dan bertali leher.


“Nasi lemak ayam goreng, dua.”


Linda terlopong.

Siaran Terkini

Lihat Semua

Kispen 150: Riba

“Ahhh!” Sebilah pisau bedah terbang dari genggaman Dr Syarif ke dinding, melantun, lalu gugur ke lantai seraya menghantar denting ke setiap sudut kamar bedah nan sunyi. Kesemua jururawat membisu. Kaku

© 2020 nizambakeri.com