cerita.

Kispen 61: Cuti

Kemaskini: 29 Dis 2019

Gebang Tan Sri Khaled dan Datuk Mamat tergendala dengan bunyi ketukan pintu.


“Masuk.” Ujar Tan Sri Khaled.


Shira, setiausahanya masuk. Mata Datuk Mamat segera mengecap serlah peha dari belahan skirt Shira.


“Tan Sri, ini permohonan cuti bersalin saya.” Sekeping sampul surat hinggap di meja Tan Sri Khaled. Shira tercegat, bungkam.


“Kenapa awak tak hantar pada HR saja?” 


Shira renung mata Tan Sri Khaled dalam-dalam. Tan Sri Khaled bingkas, Shira lantas dipimpin ke sofa di ruang kanan pejabatnya. Datuk Mamat kekok, terpinga-pinga.


Are you sure that’s mine?” Mata Tan Sri Khaled dihunjam ke perut Shira.


Shira angguk perlahan, air mata segera mengalir.

Siaran Terkini

Lihat Semua

Kispen 150: Riba

“Ahhh!” Sebilah pisau bedah terbang dari genggaman Dr Syarif ke dinding, melantun, lalu gugur ke lantai seraya menghantar denting ke setiap sudut kamar bedah nan sunyi. Kesemua jururawat membisu. Kaku

© 2020 nizambakeri.com