cerita.

Kispen 60: Catat

Kemaskini: 29 Dis 2019

Ustazah Hafizah selesaikan syarah tentang dosa dan pahala. Kelas 4 Tegas sunyi.


“Baik, ustazah nak tengok buku semua orang. Letak atas meja.” Ustazah Hafizah tinggalkan meja di hadapan kelas dan tinjau setiap murid. “Ingat apa yang ustazah pesan?”


“Ingat.” Seisi kelas menyahut.


Ustazah Hafizah imbas semula arahan. Setiap pelajar bawa pulang buku kosong. Catat semua perkara baik dan buruk yang mereka telah buat sepanjang hujung minggu.


Tiba di meja paling hujung, paling belakang; Ustazah Hafizah berhenti.


“Azwan, kenapa ruang perkara buruk awak ni kosong?” 


“Dia tak buat dosa, Ustazah.” Celah Rami, diikuti tawa.


“Azwan?” Kening Ustazah Hafizah terangkat.


Azwan garu kepala. “Saya dah catat, Ustazah. Pakai pen. Tapi tak ada dakwat.”

Siaran Terkini

Lihat Semua

Kispen 150: Riba

“Ahhh!” Sebilah pisau bedah terbang dari genggaman Dr Syarif ke dinding, melantun, lalu gugur ke lantai seraya menghantar denting ke setiap sudut kamar bedah nan sunyi. Kesemua jururawat membisu. Kaku

© 2020 nizambakeri.com