cerita.

Kispen 53: Tambang

Kemaskini: 29 Dis 2019

Datuk Bahadur tercungap-cungap. Lelah masih belum surut. Matanya bertembung dengan seringai pemandu teksi.


“Seorang saja hari ni, Datuk?”


“Hantar aku ke jeti. Cepat.”


Teksi merah putih luncur deras. Selang 16 minit, laut lepas terbentang. Jeti jajah muka air, di pinggirnya bot-bot persiaran.


“Kat sini ya, Datuk.” Pemandu teksi keluar, buka bonet. Bagasi diangkat keluar penuh lelah.


“Berapa?” 


“Semua sekali, RM 24.50, Datuk.”


“Mahalnya.” bisik Datuk Bahadur sendirian sambil dompet diselongkar.


“Memang mahal, Datuk. Kira untuk dua orang. Datuk, seorang. Datin dalam beg ni, seorang.” Pemandu teksi senyum lebar, tangannya menepuk bagasi.


Datuk Bahadur pucat lesi. Setahunya hanya dia seorang semalam.

© 2020 nizambakeri.com