cerita.

Kispen 40: Rompak

Kemaskini: 29 Dis 2019

“Kenapa kau nak jumpa kat sini?” Radi mengerling kiri kanan. Terlalu banyak punggung ligat digetar yang ingin dielus.


Alan senyum sambil hirup Roman Coke, “Sebab semua orang macam kau. Sibuk tengok benda lain.”


Bullshit, Ram mana?”


Toilet.”


Radi bersandar pada sofa murah terlekap di dinding. Bau Febreze menikam-nikam hidung. Dia sudah penat sumpah seranah. Bodoh punya Alan. Ini tempat Datuk dan Tan Sri lari dari bini.


What’s up?” Ram muncul entah dari mana. Dia tersengih sambil pencungkil gigi terselit di telinga. Bahu Radi ditumbuk-tumbuk. 


“Dah. Dah. Jom start.” Alan buka beg bimbit. Dua helai kertas putih ditarik keluar.


“Kat mana ni?” Radi separuh melaung sambil jari menujah kertas. Lagu Asyik dendangan Amelina yang disadur dengan dentum disko sungguh menjengkelkan.


Eastern Tower.”


Shit.” Mulut Ram ternganga. “Are you crazy? They have, like, everything there. Guards. Infrared. How do yo—


“Dengar dulu,” pintas Alan, “I have someone inside. Dia nak 10% saja. Yang lain kita punya.”


Di bahagian belakang sofa, dua orang kenamaan sedang sibuk menyedut hembus curut Cuba sambil jari sibuk mengukur peha dan betis para pendamping.


You dengar tak, Tan Sri?”


“Apa dia, Datuk?”


These three morons kat belakang kita ni, they plan to rob a bank.”


Really?”


“Yalah. Curi dari orang kaya, biasalah. Orang patutnya kagum dengan kita…”


“Curi dari orang miskin!” Mereka menghambur hampir serentak. Gelas di tangan hampir jatuh. Pipi makin merah. Nafsu tambah ghairah.


Yes, and we’re doing it in broad daylight!


Tan Sri angkat tangan pada penjaga bar sambil tuding jari ke arah gelas. Tambah minum.


Tambah suka. Tambah dosa.

© 2020 nizambakeri.com