cerita.

Kispen 29: Bunuh

Kemaskini: 29 Dis 2019

Di negara itu, polis sedang sibuk mencari pembunuh bersiri. Entah seorang, entah bertiga, entah berapa.


Mangsanya? Politikawan yang diundi rakyat, menjadi wakil bertikam lidah bertukar hujah.


Setiap kali siasat, setiap kali itu jualah buntu. Tiada bukti. Segalanya bersih, rapi, dan teliti.


Tiada walau sehelai bulu badan, apatah lagi rambut atau cap jari.


Tiada bukti. 


Yang ditinggalkan hanyalah sekeping wang kertas terlekap kemas di dada setiap mangsa.


Kemas, lantaran dipacak pisau berlumur darah.


Pada wang kertas itu tercoret pesan:


Jangan cari kami. Bersyukurlah. Seorang mati, seluruh rakyat kaya-raya. Atau sekurang-kurangnya, jalan kembali berturap.

Siaran Terkini

Lihat Semua

Kispen 150: Riba

“Ahhh!” Sebilah pisau bedah terbang dari genggaman Dr Syarif ke dinding, melantun, lalu gugur ke lantai seraya menghantar denting ke setiap sudut kamar bedah nan sunyi. Kesemua jururawat membisu. Kaku

© 2020 nizambakeri.com