cerita.

Kispen 24: Ramah

Kemaskini: 29 Dis 2019

Barisan di kaunter masih panjang. Juruwang tegar menghulur senyum walau tenaga makin susut.


Akhirnya Dilla tiba di kaunter. Jualan murah, diharung juga walau berbadan dua. Maklum saja, menyambut anak sulung. Segala kelengkapan harus sedia.


Mata Dilla sempat menyambar tanda nama plastik merah tua yang tersemat di dada juruwang. FAUZIAH.


“Cantik baju ni, kak. Ramai yang dah beli.” 


Dilla terlalu lelah untuk melayan butir bicara Fauziah. Selalunya, memang dia biarkan saja juruwang petah begini membebel.


“Amboi, atuknya pun datang sekali. So sweet.” Sambil melipat dan memasukkan baju bayi ke dalam beg plastik, Fauziah menyapa lelaki yang menghampiri Dilla dari belakang.


“Ayahnya.” Dilla mencuka. Datin Dilla mencuka.

© 2020 nizambakeri.com