cerita.

Kispen 152: Karib

Kemaskini: 28 Dis 2019

“Kaulah rakan karibku.”


“Benar?”


“Benar. Paling karib, selamanya.”


“Sungguh?”


“Sungguh.”


“Baik. Andai kau sedang menikmati percutian idamanmu, entah meluncur salju di Český Krumlov, entah membeli-belah di London, entah disimbah neon di Times Square New York – dan kau menerima khabar bahawa aku telah mati.


Sudikah kau bergegas pulang dan berdoa di kuburanku?”

Siaran Terkini

Lihat Semua

Kispen 150: Riba

“Ahhh!” Sebilah pisau bedah terbang dari genggaman Dr Syarif ke dinding, melantun, lalu gugur ke lantai seraya menghantar denting ke setiap sudut kamar bedah nan sunyi. Kesemua jururawat membisu. Kaku

Kispen 149: Gadis Coimbra

Syahrin terlongo. Dia berpaling sekali lagi ke belakang. Yang paling nyata di depan mata, Stephen Green’s Shopping Centre yang disimbah sinar lampu hijau. Itu saja bangunan yang dia kenal di Dublin. T

© 2020 nizambakeri.com