cerita.

Kispen 143: Cincin

Kemaskini: 28 Dis 2019

“Sah!”


Ripin tersengih-sengih. Saat orang lain menadah tangan mendoakan akadnya yang baru selesai, dia sibuk mencuri pandang isteri yang baru sah dinikahi.


Sederhana dengan baju sedondon putih, sang isteri khusyuk berdoa sambil menghalang air mata merosakkan solekan.


“Eh, Ripin, cincinnya mana?” temannya mencuit dari belakang.


“Cincin?”


“Yalah. Cincin bini kau. Lepas ni kan nak sarung cincin, ambil gambar semua.”


Ripin memeriksa kocek baju Melayu.


Kosong.


Tangannya meraba kocek seluar kemudian membedah isi beg bimbit.


Kosong.


Ketika itu dia menepuk dahi. Peluh mula terbit dari segenap liang roma.


Cincin isterinya tertinggal.


Di rumah isteri pertama.

© 2020 nizambakeri.com