cerita.

Kispen 135: Pahit

Kemaskini: 17 Nov 2019

“Cappuccino siap, encik.”


“Ini saya punya?” soal pemuda yang masih segak berkemeja walau petang sudah lanjut. Dia baru pulang dari mesyuarat panjang. Perlu dos kopi sebelum memandu pulang.


“Ya,” gadis barista di kaunter McCafe tersenyum manis. Seragam hitam yang membalut tubuh menjelaskan lagi kalung halus emas yang tergantung dari leher, menjelajah dada.


Pemuda itu terus hirup cappuccino di kaunter.


“Ish, pahitnya,” dia membelingas ke arah gadis barista. Dahinya berkerut marah.


“Gula ada kat tepi, encik,” suara gadis barista masih tenang. Ibu jarinya lentik dituding ke arah kotak putih di hujung kaunter yang berisi tiub gula pasir, gula perang, air gula, bahkan serbuk vanila dan serbuk coklat.


“Kenapa tak letak terus gula dalam ni?” pemuda itu masih bersuara tinggi.


“Sebab bukan semua orang nak mampus kena kencing manis macam kau.”


Tapi itu cuma jawapan gadis barista di dalam hati. Wajahnya masih tersenyum sambil menerima pesanan pelanggan lain yang beratur di kaunter.

Siaran Terkini

Lihat Semua

Kispen 150: Riba

“Ahhh!” Sebilah pisau bedah terbang dari genggaman Dr Syarif ke dinding, melantun, lalu gugur ke lantai seraya menghantar denting ke setiap sudut kamar bedah nan sunyi. Kesemua jururawat membisu. Kaku

© 2020 nizambakeri.com