cerita.

Kispen 128: Loceng

Kemaskini: 28 Dis 2019

Zalifa menjeling rumah agam di seberang jalan buat kesekian kali. Sudah jadi rutinnya untuk ke kelas tuisyen malam. Rumah masyhur itu akan dipandang walau sekilas.


Dia terlihat seorang lelaki tinggi lampai yang tertinjau-tinjau di pagar rumah agam sambil gigih menekan loceng yang dilekap di pagar batu.


Kasihan, bisik hati Zalifa.


“Bang, rumah tu rumah tinggal. Tak ada orang.” Zalifa melaung dari seberang jalan.


Lelaki itu menoleh ke arah Zalifa.


“Saya tau. Saya orang terakhir yang duduk rumah ni. Saja datang singgah. Itu adik saya, ada kat belakang awak.”


Langkah Zalifa terbeku. Sebaik sahaja dia terdengar tawa gadis kecil di belakang, jantungnya berhenti berdegup.

Siaran Terkini

Lihat Semua

Kispen 150: Riba

“Ahhh!” Sebilah pisau bedah terbang dari genggaman Dr Syarif ke dinding, melantun, lalu gugur ke lantai seraya menghantar denting ke setiap sudut kamar bedah nan sunyi. Kesemua jururawat membisu. Kaku

© 2020 nizambakeri.com