cerita.

Kispen 126: Ganggu

Kemaskini: 28 Dis 2019

“Oi, jauh termenung.” Adib petik jari di depan mata Raden.


“Eh, mana ada.” Radin terkulat-kulat. Senyum palsu mula dilukis.


“Mana ada konon. Dari tadi aku tengok kau terlopong sambil tongkat dagu.”


Raden segera bangkit dan menikam Adib berkali-kali dengan gunting yang ditemukan di hujung meja.


Semakin Adib mengerang, semakin dalam rodok diulang-ulang.


Terasa puas, walau cuma dalam khayal. Siapa suruh kacau. Dia sudah begitu hampir menyentuh gadis idaman saat Adib petik jari tadi.

Siaran Terkini

Lihat Semua

Kispen 150: Riba

“Ahhh!” Sebilah pisau bedah terbang dari genggaman Dr Syarif ke dinding, melantun, lalu gugur ke lantai seraya menghantar denting ke setiap sudut kamar bedah nan sunyi. Kesemua jururawat membisu. Kaku

© 2020 nizambakeri.com