cerita.

Kispen 125: Bela

Kemaskini: 28 Dis 2019

“Kucing puan tak ada masalah. Cuma sakit biasa. Buat masa sekarang, saya bagi antibiotik. Puan bagi makan dalam dua minggu. Blood test result, minggu depan boleh dapat.”


“Terima kasih.” Balas Linda.


“Puan dah buat blood test? Jangan buat untuk kucing saja,” Doktor veterinar berseloroh.


“Itulah. Kadang-kadang lupa diri sen…uhuk…uhuk…” Linda tertunduk.


Darah berbuak dari mulut Linda. Dia rebah.

Siaran Terkini

Lihat Semua

Kispen 150: Riba

“Ahhh!” Sebilah pisau bedah terbang dari genggaman Dr Syarif ke dinding, melantun, lalu gugur ke lantai seraya menghantar denting ke setiap sudut kamar bedah nan sunyi. Kesemua jururawat membisu. Kaku

© 2020 nizambakeri.com