cerita.

Kispen 122: Ketawa

Kemaskini: 28 Dis 2019

Malam ini dia murung, malah hiba bertalu-talu tiba.


Tiada lagi manis senyum di wajah.


“Kenapa?” sang rakan bertanya.


“Perhimpunan Agung UMNO sudah tamat. Tiada lagi bahan jenaka.”


Sesaat TV ditonton, senyum di wajah muncul semula.


“Ah, tak mengapa. Ada Kayveas dan teman-teman. Yang ini boleh tahan lucunya.”

Siaran Terkini

Lihat Semua

Kispen 150: Riba

“Ahhh!” Sebilah pisau bedah terbang dari genggaman Dr Syarif ke dinding, melantun, lalu gugur ke lantai seraya menghantar denting ke setiap sudut kamar bedah nan sunyi. Kesemua jururawat membisu. Kaku

© 2020 nizambakeri.com