cerita.

Kispen 119: Korban

Kemaskini: 28 Dis 2019

Pesawat melaju. Muncung menjunam menuju maut. Perut pesawat kosong, melainkan Pak Menteri dan pengawal peribadi.


“Hanya ada satu payung terjun, Pak Menteri. Dakap aku. Kita terjun bersama.”


“Tidak. Kelak kita menjunam terlalu pantas.”


“Jadi?”


“Kan kukhabar pada negara, kau wira paling setia.”


Pengawal peribadi ditendang keluar pesawat.

Siaran Terkini

Lihat Semua

Kispen 150: Riba

“Ahhh!” Sebilah pisau bedah terbang dari genggaman Dr Syarif ke dinding, melantun, lalu gugur ke lantai seraya menghantar denting ke setiap sudut kamar bedah nan sunyi. Kesemua jururawat membisu. Kaku

© 2020 nizambakeri.com