cerita.

Kispen 102: Pilihan

Kemaskini: 29 Dis 2019

“Ramai lagi yang ada masalah macam awak. Sabarlah,” sang suami pegang lembut bahu sang isteri.


“Saya, saya dah tak tau nak fikir apa.” Sang isteri gertap bibir. Dia sedar, pilihan di hadapan terlalu sukar.


“Saya nak tolong tapi awak tak bagi.”


It’s okay. I can do this.


Sang isteri perlahan-lahan hulur tangan. Mata dipejam. Kali ini dia rela.


Tangannya tarik keluar baju kurung organza dan kain kapas Viscose rona biru laut. Dia hembus nafas paling lega.


Almari berisi ratusan pakaian dikatup semula.


Pilihan paling sukar waktu pagi.


Sang suami menunggu di laman rumah, di dalam Porsche Cayenne.

© 2020 nizambakeri.com