cerita.

Kispen 100: Pasangan

Kemaskini: 29 Dis 2019

“Welcome to KL Speed Dating!” Sang pengacara tercegat di tengah-tengah dewan.


Rambut ikal paras bahu dan mata bundarnya bisa bikin peserta menyimpan hasrat berpacar dengannya.


Sekalian hadirin tepuk tangan. Meja kopi disusun mengelilingi lantai dewan. Setiap meja ditemani dua kerusi. Satu untuk wanita, satu untuk lelaki.


“Caranya mudah. Wanita akan duduk dan tunggu pasangan. Lelaki akan singgah di setiap meja. You have 2 minutes to impress them. All the best!”


Ghazali tersenyum. Dia sudah kenal pasti beberapa susuk yang mengusik jiwa. Meja lain tak berbual pun tak mengapa.


Cincin nikah Ghazali dilurut keluar dari jari, diselit ke dalam kocek.


Sebaik wisel ditiup, mata Ghazali terpaku pada wanita lewat 30-an di meja nombor 18.


Salmah, isterinya.


Semerta Ghazali mual.

© 2020 nizambakeri.com