cerita.

Hikayat Melayur Pucuk: Bahagian 3

(Bahagian 1 2)

Arakian, Melayur Pucuk ini hampir nian duduknya dengan Pelabuhan Melaka.

Malah, tersohorlah dalam kalangan pelaut dan pedagang, andai mahu melepas lelah selepas seharian memunggah muatan – di kampung inilah tempat mencari juadah paling lazat. Kuih-muih, manisan, gulai ikan darat, nira, tuak, semua ada.

Oleh kerana tidak terkira pesatnya Pelabuhan Melaka, maka terserak sebarlah kawasan jual beli hingga masuk ke sempadan Melayur Pucuk.

Akan penduduk kampung ini perangai mereka tiadalah gemar akan pedagang-pedagang luar datang berniaga di tempat mereka. 

Hanyasanya alasan yang diberi orang-orang kampung ialah pedagang-pedagang ini merampas hak mereka di tanah sendiri.

Barang tentu orang Arab, orang putih, orang Benggali, orang tanah besar China dan India ini kaya-raya tiada terperi.

Nah, manakan mungkin dilawan gerai-gerai kecil milik orang-orang di sini. Walhal, tiadalah pedagang-pedagang itu datang mencuri melainkan mendapat izin Syahbandar belaka datang berniaga.

Ada juga yang terpaut hati lantas bernikah dengan penduduk kampung.

Namun, oleh kerana tebal kental perangai tiada gemar akan orang luar ini, tetaplah gundah sekalian penduduk melihat makin ramai orang-orang luar di segenap jengkal Melayur Pucuk.

Melarat-larat dan berpanjang-panjanglah resah sehingga menjelang Hari Undi.

Malam itu orang-orang kuat Tok Khamis dan Tok Senain menyusun gerak. Ini peluang. Saat manusia paling resah, saat itulah mereka menelan segala umpan siasah.

Bersambung.

Siaran Terkini

Lihat Semua

Irama: Bahagian Akhir

Bahagian ( 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 ) “Sorry lambat,” Klien sudah tiba. “Semua dah settle?” Jon angguk. Dia buka mulut beg dan keluarkan iPhone. Lima gambar bergilir-gilir ditayang pada skrin telefon. Ke

Irama: Bahagian 6

(Bahagian 1 | 2 | 3 | 4 | 5 ) Suaranya menjalar bagai racun paling berbisa ke segenap pembuluh darah. Tidak seperti vokalis Runutbunyi yang mengalun indah penawar jiwa. Kata mereka cinta dan perang sa

Irama: Bahagian 5

(Bahagian 1 | 2 | 3 | 4 ) Jangan tinggalkanku kesakitan Usah biarkanku dalam hujan Kembalikan malam saat kita berteman Entah berapa kali Naema ucap ‘saya sayang Jon’ sepanjang pertemuan di bilik penge

© 2020 nizambakeri.com