cerita.

Hikayat Awang Jentaka: Bahagian 5

(Bahagian 1 | 2 | 3 | 4)

Cadik Badik tersengih-sengih. Sengaja dia tidak berbaju hari ini. Hanya berseluar kain kapas, putih berbelang merah. Perut bocahnya bersinar-sinar dipanah matari.

Dia yakin sungguh-sungguh, Penghulu Awang akan tertawa besar mendengar kisahnya. Ah, melihat perutnya sahaja sudah bisa bikin sesiapa geli hati.

Telapak tangannya gatal, diam-diam dia menghitung 100 keping wang emas.

“Begini kisahnya, Penghulu. Ada tiga orang pemuda; Gemuk, Kurus, dan Katik. Mereka menemukan sebuah gua sambil berjalan-jalan.”


“Kata Gemuk, di dalam gua ini ada seekor kambing. Busuk sekali baunya. Apa kata kita bertanding menahan nafas? Barangsiapa mampu menahan hamis kambing itu, paling handallah dia.”

“Kurus dan Katik setuju,” Cadik Badik termengah-mengah, “mereka pun bukan ada apa-apa yang ingin dikerjakan.”

“Gemuk masuk dulu. Belum sempat Kurus dan Katik berkelip, Gemuk sudah berlari keluar. Katanya, celaka! Belum pernah aku jumpa makhluk sehamis ini. Gemuk muntah liur.”

“Kemudian, Kurus masuk. Sambil Gemuk mengelap sisa liur di bibir, Kurus berlari keluar, seolah dikejar pontianak. Bangsat, kata Kurus. Mana boleh tahan, bodohlah kau Gemuk.”

“Akhir sekali, tibalah giliran Katik. Dia masuk ke dalam gua dengan tenang. Belum sempat Gemuk dan Kurus berkelip, terdengar tempik nyaring. Tolong! Tolong!”

“Kali ini, si kambing yang merusuh keluar mencari tanah lapang. Sambil menggesel-gesel tanduk pada batang medang, si kambing menegur Gemuk dan Kurus. Hai manusia, adakah sahabatmu yang masuk ke rumahku, tadi? Demi Tuhan, tak pernah aku menghidu manusia sebusuk itu!”

Orang Kaya Mujar menampar-nampar peha sambil terbahak-bahak. Matanya berair. Sekalian pengunjung turut mengilai.

Kecuali seorang.

“Apa yang lucu, Mujar?” Soal Awang Jentaka sambil mengurut misai.

Siaran Terkini

Lihat Semua

Irama: Bahagian Akhir

Bahagian ( 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 ) “Sorry lambat,” Klien sudah tiba. “Semua dah settle?” Jon angguk. Dia buka mulut beg dan keluarkan iPhone. Lima gambar bergilir-gilir ditayang pada skrin telefon. Ke

Irama: Bahagian 6

(Bahagian 1 | 2 | 3 | 4 | 5 ) Suaranya menjalar bagai racun paling berbisa ke segenap pembuluh darah. Tidak seperti vokalis Runutbunyi yang mengalun indah penawar jiwa. Kata mereka cinta dan perang sa

Irama: Bahagian 5

(Bahagian 1 | 2 | 3 | 4 ) Jangan tinggalkanku kesakitan Usah biarkanku dalam hujan Kembalikan malam saat kita berteman Entah berapa kali Naema ucap ‘saya sayang Jon’ sepanjang pertemuan di bilik penge

© 2020 nizambakeri.com